Mengenai Kami


USAHA MAJU FOOD INDUSTRIES

Syarikat yang beroperasi pada tahun 2014 dengan no pendaftaran KT0354325-W ini dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera Islam. Syarikat ini menjalankan perniagaan pemprosesan dan pembekal produk makanan Halal. Kami menyediakan dan membekalkan produk makanan halal bagi memenuhi tuntutan syara' dalam Islam. Kami membantu pelanggan kami untuk memastikan produk yang dihasilkan oleh kilang kami adalah produk yang Bersih Suci dan Halal.

Proses penyediaan semua produk kami berada dalam penjagaan dan kawalan yang optimum bagi memastikan semua produk kami terjamin dalam keadaan Bersih, Suci dan Halal.

Dengan visi "produk Halal,keutamaan kami",kami menjanjikan servis dan jaminan kualiti terhadap semua produk dan hasil yang kami sediakan. Supaya semua pelanggan kami berpuas hati dan dapat menggunakan nya tanpa was-was.

MISI SYARIKAT
Syarikat kami mempunyai misi yang penting terhadap semua pelanggan kami. Misi syarikat,"keperluan Halal,keutamaan kami".

VISI SYARIKAT
Visi syarikat kami adalah "menjadi penyedia dan pembekal produk makanan halal yang terbaik dan terbesar di Malaysia".

No comments:

Post a Comment